SMKE PERDAGANGAN COMMERCE

web site hit counter

SELAMAT DATANG KE BLOG PERDAGANGAN

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Blog Perdagangan ini disediakan khas untuk Pelajar yang mengambil mata pelajaran Perdagangan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul ini ditulis bagi memenuhi matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang perdagangan. Pelajar juga diharapkan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan meneruskan pendidikan perdagangan ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, pelajar juga dapat mengenal pasti peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih sesuatu pekerjaan dengan bijak sama ada yang bersifat berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan.

Isi kandungan Blog ini merangkumi pelbagai konsep, amalan dan pengetahuan perdagangan serta nilai murni yang selaras dengan keperluan dalam sukatan pelajaran terbaharu Perdagangan KBSM. Secara keseluruhannya, buku ini mengandungi 7 bab dalam Tingkatan 4 dan 8 bab dalam Tingkatan 5. Setiap bab merangkumi maklumat komprehensif yang bersesuaian dengan huraian sukatan pelajaran. Selain itu, terdapat ruangan maklumat tambahan seperti Forum Perbincangan, Uji Memori dan Cetusan Minda yang bertujuan untuk mencetuskan daya pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan dalam teks berkenaan.

Blog ini adalah sesuai untuk pelajar yang tidak mempunyai masalah asas pembelajaran. Ini juga membawa makna, blog ini sesuai untuk semua pelajar yang mengambil subjek Perdagangan, yang tidak mempunyai masalah menulis, membaca dan mengira. Aktiviti Pembelajaran yang disediakan adalah sesuai untuk peringkat pelajar seperti yang dinyatakan di atas.

Peta Dibawah Ini Merupakan Lokasi Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili

Bermain Game Tower Defense Sambil Belajar

Open Cbox